Connect with us

Oh! Media

Pengkaji Covid-19 Dakwa Koronavirus Dicipta Oleh Saintis China?

Oh! Tidak

Pengkaji Covid-19 Dakwa Koronavirus Dicipta Oleh Saintis China?

Sejak Covid-19 melanda seluruh negara, setakat ini seramai tiga juta lebih manusia telah terkorban dan menyebabkan pandemik baru ini antara virus yang merbahaya di dunia. Walaupun ramai berkata ia berpunca daripada kelawar, akan tetapi terdapat sebuah teori yang mengatakan ia dicipta oleh manusia sendiri.

ADVERTISEMENT

Kumpulan saintis dari China didakwa telah mencipta virus Covid-19 dalam sebuah makmal di Wuhan dan kini cuba untuk menutup eksperimen mereka dengan mendakwa Covid-19 berasal daripada kelawar.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Prof. Angus Dalgleish dan Dr. Birger Sorensen, mereka telah menemukan ‘cap jari unik’ dalam sampel virus sekaligus menyokong teori Covid-19 dicipta oleh saintis China dan kajian itu juga menunjukkan berlakunya manipulasi dalam makmal.

Menurut Dalgleish, Beliau mendakwa virus ini bukan virus semula jadi dan mengeluarkan hipotesis daripada kedua-dua pengkaji berdasarkan kajian mereka mengatakan ia dicipta untuk membuat kemusnahan yang disengajakan.

Kajian yang dijalankan juga mendapati Covid-19 dicipta dengan menggunakan ‘elemen utama’ yang ditemukan dalam gua kelawar sehingga menjadi virus berbahaya sebelum didedahkan kepada umum.

Selepas menyebarkan virus itu kepada umum, Saintis China hanya menutup perbuatan mereka dengan mengatakan dibawa oleh kelawar menyebab orang ramai menyangka virus ini muncul ketika masyarakat China memakan sup kelawar.

Kajian yang dilakukan oleh kedua-dua pengkaji itu dijangka akan diterbitkan dalam Quarterly Review of Biophysics Discovery dan teori yang mengatakan Covid-19 dicipta oleh saintis di China semakin kukuh dengan kajian yang dilakukan ini walaupun dinafikan oleh China sendiri.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas