Connect with us

Oh! Media

Penghina Nabi Muhammad ‘Ayea Yea’ Mengaku Bersalah

53507060 2396178547059128 786970504073314304 ojpg

Umum

Penghina Nabi Muhammad ‘Ayea Yea’ Mengaku Bersalah

Nampaknya sang penghina agama Islam dan Nabi Muhammad Rasulullah akhirnya dijatuhkan hukuman apabila pemilik akaun ‘Ayea Yea’ menerima hukuman penjara 10 tahun dan 10 bulan selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan ke atasnya.

Pesalah yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching Sarawak itu didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Manakala seorang lagi yang ditahan sebelum ini yang menggunakan akaun Twitter Alvibchow333 mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

IKLAN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut beberapa peruntukan iaitu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Seorang lagi, Danny A’antonio Jr. juga telah didakwa di bawah Seksyen 298A dan Seksyen AKMM dan tertuduh tidak mengaku bersalah.

Namun Alvibchow dan Danny tidak ditawarkan jaminan dan sebutan kes ditetapkan pada 5 April ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas