Connect with us

Oh! Media

Pengharaman Android Box Dilihat Akan Memberikan Keuntungan Besar Kepada Astro

Umum

Pengharaman Android Box Dilihat Akan Memberikan Keuntungan Besar Kepada Astro

Penjualan dan penggunaan Anroid Box dilihat semakin mendapat pilihan apabila kebanyakan pengguna sudah mula meninggalkan siaran berbayar Astro dan memilih Android Box kerana ia boleh mengakses siara tanpa bantasan.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, Singapura telah mengharamkan penggunaan Android Box ini bagi melindungi Hak Cipta sesebuah karya.

Oleh itu, larangan ini dilihat amat baik buat syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad jika ia juga dapat diharamkan di Malaysia kerana ia pasti memberikan pulangan tahunan yang lebih tinggi buat syarikat mereka.

Hal ini disebabkan kesemua bahan tayangan milik Astro mematuhi Akta Hak Cipta dan tidak akan ada sebarang masalah jika penduduk di negara tersebut untuk melanggan perkhidmatan ini sekiranya cadangan pemindaan Akta Hak Cipta Singapura telah diluluskan nanti.

Selain itu, pihak IB atau Maybank Investment Bank turut melihat perkara ini baik kerana ia bakal memberi kelebihan yang besar kepada pihak Astro.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas