Connect with us

Oh! Media

Penghantaran Pulang Rohingya Secara Rasmi November Ini

file 20171024 30587 71jcbfjpg

Umum

Penghantaran Pulang Rohingya Secara Rasmi November Ini

Lebih 720,000 etnik tanpa kewarganegaraan Rohingya melarikan diri daripada operasi ketenteraan kejam, Ogos tahun lalu dengan berlindung di beberapa kem sesak di Bangladesh dan membawa kisah ngeri rogol, pembunuhan serta pemusnahan harta benda dalam operasi tentera.

Kini Bangladesh dan Myanmar, telah bersetuju untuk memulakan penghantaran pulang pelarian Rohingya pada November, kurang seminggu selepas pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa pembunuhan beramai-ramai terhadap minoriti Muslim itu masih berterusan.

“Kami merancang untuk memulakan proses penghantaran pulang menjelang pertengahan November. Ini adalah fasa pertama,” kata Menteri Luar Bangladesh, Shahidul Haque, selepas beberapa rundingan antara wakil kedua-dua negara.

IKLAN

“Kedua-dua pihak bersetuju dengan rancangan amat konkrit untuk memulakan proses ini, bulan depan. Kami sudah menunjukkan kesanggupan politik, kelonggaran dan kemudahan bagi memulakan penghantaran pulang secepat mungkin,” kata Setiausaha Tetap Hal Ehwal Antarabangsa Myanmar, Myint Thu. – AFP

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas