Connect with us

Oh! Media

Penggunaan Vape dan Shisha Di Restoran Turut Perlu Dilarang

Umum

Penggunaan Vape dan Shisha Di Restoran Turut Perlu Dilarang

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am, Hospital Pakar Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun berkata, larangan penggunaan rokok elektronik (vape) dan shisha di restoran dan premis makanan perlu dikuatkuasa seperti larangan merokok kerana kedua-dua bahan itu mempunyai kesan buruk yang lebih tinggi daripada asap rokok.

ADVERTISEMENT

Ini kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna, vape dan shisha.

“Penggunaan vape dan sisha ini lebih teruk lagi daripada asap rokok kerana wap yang dihembus keluar sebagai titisan udara mempunyai saiz molukel lebih besar daripada molekul asap rokok.

“Disebabkan saiz molekul lebih besar maka proses penyerapan kedua-dua bahan itu lebih cepat dan risiko mendapat penyakit kanser paru-paru dan jangkitan pada paru-paru lebih tinggi berbanding rokok.

“Yang keduanya, kandungan pengambilan nikotin bagi vape dan shisha juga tidak terkawal berbanding kandungan nikotin dalam rokok dan mereka (pengguna) boleh menentukan sendiri kuantiti berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas