Connect with us

Oh! Media

Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan Persendirian Tanpa Had Dibenarkan

Umum

Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan Persendirian Tanpa Had Dibenarkan

Bermula esok, semua jenis kenderaan persendirian boleh menggunakan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada sisi kiri, kanan dan belakang penumpang.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini peraturan menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak hanya pada kadar 30 peratus dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penggunaan lapisan filem atau cermin gelap yang hitam sepenuhnya itu bagaimanapun disertakan dengan syarat ia dilengkapi cermin pemantul kanan dan kiri.


Katanya, kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan dan cermin kiri serta kanan pemandu, masing-masing masih kekal 70 dan 50 peratus seperti peraturan sedia ada .

“Kebenaran ini hanya bagi kenderaan milik persendirian, tidak termasuk kenderaan yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke berkata, pindaan ke atas Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 dibuat selepas mendengar keluhan orang ramai.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengenakan fi RM50 ke atas setiap permohonan atas faktor keselamatan untuk menggunakan cermin gelap sepenuhnya bagi kenderaan persendirian dan fi RM5,000 jika diluluskan, namun tiada caj dikenakan bagi permohonan atas faktor kesihatan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas