Connect with us

Oh! Media

Pengguna Whatsapp Boleh Mesej WHO Untuk Dapatkan Info Tentang COVID-19

Umum

Pengguna Whatsapp Boleh Mesej WHO Untuk Dapatkan Info Tentang COVID-19

Setelah melancarkan hub maklumat coronavirus minggu lepas iaitu WhatsApp Coronavirus Informatian Hub, WhatsApp baru-baru telah mengambil inisiatif berganding dengan Perutubuhan Kesihatan Dunia baru-baru ini dengan melancarkan alat chatbot, WHO Healht Alert, dimana chatbot ini dapat memberi respon kepada soalan pengguna WhatsApp mengenai COVID-19 dengan maklumat yang rasmi dan cepat tanpa batas waktu.

ADVERTISEMENT

Menurut info yang dipetik dari The Star, chatbot berkenaan boleh dicapai ditalian +41 22 501 76 55 dan boleh memulakan soalan dengan menghantar mesej hi. Chatbot akan merespon segala jenis bentuk pertanyaan dengan maklumat rasmi termasuklah maklumat terbaru dan terkini mengenai wabak berkenaan.

Sumber gambar dari Arch Daily

Chatbot ini yang dibangunkan sempena WhatsApp Coronavirus Informatian Hub ini melibatkan beberapa pihak antaranya ialah UNICEF dan UNDP. Buat masa sekarang, chatbot WHO Health Alert untuk versi bahasa Inggeris, namun versi seperti Arab, Cina, Perancis, Russia dan Sepanyol akan dikeluarkan dalam masa beberapa minggu lagi.

OHMEDIA: MUSIM-MUSIM WABAK YANG SEDANG MELANDA, MASA INILAH KITA PERLU MANFAATKAN KEHEBATAN TEKNOLOGI DALAM MENYEBARKAN MAKLUMAT BETAPA BAHAYANYA WABAK COVID-19 INI SERTA LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.

Sumber: The Star

+ Baca respon pembaca pengguna whatsapp boleh mesej WHO untuk dapatkan terkini wabak COVID-19 di Facebook Oh!Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas