Connect with us

Oh! Media

Penggiat Industri Kesihatan Cadang Agar Tiada Sesi Persekolahan Anak Jika Tidak Mengambil Suntikan Vaksin

Umum

Penggiat Industri Kesihatan Cadang Agar Tiada Sesi Persekolahan Anak Jika Tidak Mengambil Suntikan Vaksin

Berikutan dengan kes kematian kanak-kanak akibat tidak pernah mengambil suntikan vaksin, kini penggiat industri kesihatan telah mencadangkan agar menghalang sesi persekolahan kepada anak-anak bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil suntikan berkenaan.

ADVERTISEMENT

Cadangan ini disampaikan penggiat industri kesihatan setelah Kementerian Kesihatan telah membuka sebarang cadangan dan dasar yang perlu bagi mengatasi masalah ini.

Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, berkata suntikan vaksin imunisasi ini perlu diwajibkan kepada anak-anak sebelum mereka masuk ke sesi persekolahan kerana penyakit seperti difteria boleh berjangkit jika ia tersebar.

“Suntikan vaksin imunisasi ini perlu mandatori. Ia membabitkan kematian dan ia perkara serius kerana penyakit seperti difteria, ia boleh berjangkit jika tersebar,” kata Dr Ahmad Shukri kepada Bernama.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas