Connect with us

Oh! Media

Penduduk Haram Israel Lebih Hebat Dari Amerika

Fb img 1536208044799jpg

Umum

Penduduk Haram Israel Lebih Hebat Dari Amerika

Ini adalah orang awam / penduduk haram Yahudi berjalan-jalan dengan senjata api di tempat awam.

Adakah anda tahu, kerajaan Israel bercadang untuk melonggarkan syarat pemilikan senjata api kepada orang awam?

Buat masa ini, seramai 145,000 penduduk haram Yahudi mempunyai lesen senjata api yang sah. Mereka menganggarkan 200,000 orang akan mempunyai lesen sah selepas cadangan ini dipersetujui.

IKLAN

Antara syarat asas adalah berumur 21 tahun ke atas, mempunyai kesihatan yang baik, dan tinggal di penempatan haram atau berdekatan sama ada di Tebing Barat (West Bank) atau sempadan-sempadan negara haram Israel.

“Orang awam yang membawa senjata api adalah penyelesaian bukannya ancaman, dan berfungsi sebagai ‘backup’ untuk pasukan keselamatan. Kita tidak akan mempunyai unit Ops Khas di setiap kejiranan tetapi jika serangan keganasan berlaku, kita akan nampak orang awam yang berkemahiran dapat menyelematkan nyawa.. Seseorang rakyat yang mematuhi undang-undang dengan kemahiran asas harus dibenarkan untuk melindungi dirinya dan sekitarnya.” – Likud MK Amir Ohana

Mungkin mereka terlupa pembunuhan beramai-ramai (massacre) di tempat awam seperti sekolah sering berlaku di Amerika kerana kemudahan mendapatkan senjata api.

Dan satu lagi kebimbangan kerana nyawa-nyawa saudara kita di Palestin semakin terancam.

Sumber: Haaretz.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas