Connect with us

Oh! Media

Pencipta Barisan Hero Marvel Stan Lee Sudah Tiada

stanlee1970sjpg

Umum

Pencipta Barisan Hero Marvel Stan Lee Sudah Tiada

Pencipta barisan adiwira untuk siri komik Marvel iaitu Stan Lee dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 95 tahun, kata anak perempuannya semalam.

Selain Spider Man, Stan Lee turut terbabit mencipta Iron Man, Hulk, Black Panther dan sering membuat penampilan khas dalam siri filem pecah panggung yang diadaptasi dari komik berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, mendiang merupakan seorang penulis serta editor, Lee adalah tunjang kemasyhuran komik Marvel pada tahun 1960an menerusi kerjasama dengan pelukis berbakat seperti Jack Kirby dan Steve Ditko, apabila mencipta barisan adiwira yang menarik minat pembaca muda.

IKLAN

“Beliau merasakan adalah satu kewajipan kepada peminat untuk terus berkarya. Mendiang mencintai hidupnya dan pekerjaan yang dilakukan. Beliau disayangi keluarga serta peminat. Kehilangannya tidak mungkin berganti,” kata anak perempuannya, J.C. Lee dalam satu kenyataan.


Stan Lee menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Cedars-Sinai selepas dikejarkan ke sana dengan ambulans dari kediamannya di Hollywood Hills awal pagi semalam.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas