Connect with us

Pencarian Lelaki Ireland Hilang Masih Diteruskan

Umum

Pencarian Lelaki Ireland Hilang Masih Diteruskan

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga negara Ireland yang dilaporkan hilang sejak 28 Disember tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, mangsa, Stephen Warde berusia 32 tahun dan memegang pasport bernombor PV2858708

“Lelaki berkenaan kali terakhir dikesan berada di Mercu Summer Suites, Jalan Cendana Off Jalan Sultan Ismail di sini.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sedang menjalankan siasatan mengenai kehilangan lelaki ini yang masuk ke Malaysia pada 15 November tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali keluarga mangsa bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Pusat Kawalan Daerah Dang wangi 03-26977099 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top