Connect with us

Oh! Media

Penanaman Pokok Ganja Dibolehkan Jika Dapat Kebenaran

Umum

Penanaman Pokok Ganja Dibolehkan Jika Dapat Kebenaran

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, terdapat peruntukan undang-undang yang memberikan ruang bagi penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.

ADVERTISEMENT

“Baru-baru ini saya ada baca di akhbar mengenai (kejayaan) rakyat Malaysia menghasilkan minyak ganja, jadi saya rasa sayanglah kalau benda ini betul dan boleh dilakukan (kajian) di dalam negara.

“Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya 1952, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan… sebab itu, penting untuk dapatkan kelulusan Menteri Kesihatan terlebih dahulu, sebelum ia boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan,” katanya.

Ini berikutan dengan kisah kejayaan tiga orang rakyat Malaysia yang telah berjaya menbuat Minyak CBD (Cannabidiol) daripada Cannabis Sativa yang kini menetap di United Kingdom bagi meneruskan kajian mereka di sana.

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut kisah mereka, boleh teruskan bacaan di sini kerana kami ada membawakan kisah mereka dahulu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas