Connect with us

Oh! Media

Penambahan 2,000 Lagi Tiket Bagi Aksi Malaysia Vs Myanmar

Umum

Penambahan 2,000 Lagi Tiket Bagi Aksi Malaysia Vs Myanmar

Berikutan perlawanan bola sepak di antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada sabtu ini, pihak FAM telah menambah 2,000 keping tiket lagi untuk perlawanan akhir Kumpulan A Piala AFF Suzuki.

ADVERTISEMENT

Selain itu, FAM turut mengambil inisiatif tambahan bagi memudahkan para penyokong Harimau Malaya membeli tiket dengan membuka kaunter khas di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Selasa ini (20 November) hingga Khamis (22 November) dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

“FAM juga dalam perbincangan dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi mendapatkan kebenaran membuka kaunter jualan tiket di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini bersempena dengan cuti umum Maulidur Rasul bagi memberi lebih pilihan kepada penyokong Harimau Malaya membeli tiket lebih awal. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas mendapat pengesahan,” kata setiausaha agung Stuart Ramalingam.

Turut dimaklumkan bahawa kaunter tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dibuka seperti biasa iaitu pada hari Jumaat, 23 November dari 10 hingga 5 petang dan Sabtu pada 10 pagi sehingga perlawanan berlangsung.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas