Connect with us

Oh! Media

Pemilik ‘Ysuku’ Dalam Pemerhatian, Dan Tindakan Akan Diambil, Kata Pihak Polis

ohmedia ysuku 12b252812529png

Umum

Pemilik ‘Ysuku’ Dalam Pemerhatian, Dan Tindakan Akan Diambil, Kata Pihak Polis

Gambar sumber dari Google

Ysuku atau Y150ZR adalah motosikal segmen kapcai yang menjadi pilihan belia sekarang. Tidak terlepas, golongan artis juga. Mungkin kerana reka bentuk motosikal itu yang cantik atau juga kerana ‘performance’nya. Sudah menjadi trend, Ysuku dimodifikasi untuk menambah kelajuan sehingga menelan kos puluhan ribu ringgit. Tapi tahukah korang, memodifikasi sesuatu kenderaan tanpa mengikut spesifikasi JPJ adalah satu kesalahan?

Hari ini pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Ysuku’ dalam pemerhatian pihaknya berikutan trend semasa yang gemar mengubah motosikal berkenaan. Dipetik dari Berita Harian, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal terbabit jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.

Menurut beliau, tindakan memodifikasi motosikal adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab dan membahayakan prnggunaa jalan raya yang lain. Misalnya, kelajuan moto yang ditambah dari kelajuan standard, kemungkinan mtotsikal berkenaan tidak mampu mengawal kelajuan berkenaan yang akhirkan akan menyebabkan kemalangan. Katanya, pihaknya akan mengadakan sekatan jalanraya dari masa ke semasa ke semasa untuk mengesan kesalahan ubah suai kenderaan berkenaan.

IKLAN

Sumber: Berita Harian


+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas