Connect with us

Oh! Media

Pemilik Lamborghini Digelar ‘Real Man’ Selepas Ganti Kereta Viva Dengan Sebiji Myvi

pemandu2blamborghini2bhadiahkan2bmyvi2bkepada2bpemandu2bvivapng

Umum

Pemilik Lamborghini Digelar ‘Real Man’ Selepas Ganti Kereta Viva Dengan Sebiji Myvi

Semalam viral satu video menunjukkan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Viva dengan sebuah kereta supercar Lamborghini. Bila Ohmedia tengok video kemalangan seperti ini, perkara pertama yang terlintas adalah macam mana keadaan pemandu dan bagaimana perkara ini akan diselesaikan oleh pemandu Viva terbabit?

Bagaimanapun, kemalangan ini berjaya dirakam oleh pemandu lain dari arah bertentangan dan kita dapat melihat kereta Viva telah perlahankan kenderaannya untuk masuk simpang. Tetapi, pemandu Lamborghini yang mengekori dari belakang tidak sempat untuk memperlahankan kenderaanya dan merempuh Viva dari arah belakang sebelum ia terpusing dan terbabas ke lorong sebelah.




Dikatakan kesal dan rasa bertanggungjawab, pemandu kereta supercar terbabit dikatakan telah menghadiahkan sebuah kereta Myvi kepada pemandu viva terbabit yang juga merupakan seorang ibu tunggal.

IKLAN

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Azman Nor yang menyatakan kedua-dua pemandu ini tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan menghadiahkan sebuah kereta baru bagi mengelakkan ibu tunggal terbabit menggunakan semua wang simpanannya untuk membaiki kereta Viva yang rosak teruk itu.




Sikap ini mendapat respon positif dari kalangan netizen yang memuji cara pemandu supercar ini menyelesaikan masalah dan bertimbang rasa walaupun kenderaannya juga hadapi kerosakan.

Sumber: Azman Nor

+ Baca respon pembaca yang kagum dengan pemilik Lamborghini di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas