Connect with us

Oh! Media

Pemergian Wira Negara Ditangisi Keluarga & Sahabat Perjuangan! 3 Anggota TLDM Maut Kemalangan

Umum

Pemergian Wira Negara Ditangisi Keluarga & Sahabat Perjuangan! 3 Anggota TLDM Maut Kemalangan

Semalam telah berlaku kemalangan yang melibatkan tiga anggota Tenterala Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi cedera selepas lori TLDM yang dipandu terbabas sendiri di tepi jalan.

ADVERTISEMENT

Anggota TLDM berkenaan dari Markas Wilayah Laut (Mawilla) 2 Pengkalan TLDM Sandakan dan kemalangan berlaku di Jalan Ranau-Kota Kinabalu.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba dan penyelamat mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori TLDM yang terbabas sendiri. Pasukan bomba dan penyelamat bertindak mengalihkan mereka yang terlibat dari lokasi kemalangan. – Kata Ketua Balai Bomba Ranau, Ridwan Mohd Taib.

Mawilla 2 di Sandakan turut memaklumkan anggota yang terkorban terdiri daripada Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim dari Semporna, Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan dari Kluang Johor dan Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris dari Melaka dan anggota yang cedera pula ialah Laskar Kelas II TLR Vincent M Orel.

Dalam kejadian itu, kenderaan jenis lori tiga tan milik TLDM telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan. Kesemua anggota yang terlibat dalam nahas itu sedang dalam perjalanan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dari Pangkalan TLDM Sandakan bagi melaksanakan tugas rasmi. – Katanya lagi.

Dalam pada itu, ramai sahabat wira-wira yang terkorban telah berkongsi kenangan mereka bersama yang sungguh menyedihkan.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca yang turut bersedih dengan kejadian ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas