Connect with us

Oh! Media

Pemergian Saleem Turut Dirasai Menteri Kewangan

Umum

Pemergian Saleem Turut Dirasai Menteri Kewangan

Pemergian seorang penyanyi terkenal Saleem atau AM Saleem Abdul Majeed, 57 yang telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, di sini pada jam 6.30 pagi tadi selepas 22 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, kerana kemalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras.

ADVERTISEMENT

Jutaan peminat Saleem turut bersedih atas kehilangan ini dan diantara jutaan ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi perhatian apabila turut menunjukkan rasa sedih yang sama.

Berkongsi kesedihan di Facebook miliknya, beliau berkata, lagu ‘Suci Dalam Debu’ nyanyian arwah meninggalkan kenangan manis terhadap dirinya selama ini.

“Lagu Allahyarham bersama Iklim, Suci Dalam Debu, adalah kenangan manis buat saya pada awal 1990-an.

“Ketika berjuang sebagai pembangkang, lagu-lagu Saleem menemani jiwa saya, malah, beberapa lagu rock Allahyarham juga menawan hati,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas