Connect with us

Oh! Media

Pembinaan Rumah Ibadat Baharu Perlu Ada Kebenaran PBT

Image2b2528422529jpg

Umum

Pembinaan Rumah Ibadat Baharu Perlu Ada Kebenaran PBT

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media berkata, kerajaan telah memutuskan agar pembinaan rumah ibadat baharu perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan, PBT.

Perkara itu dilihat penting bagi mengelak sebarang masalah yang timbul pada masa hadapan, terutama apabila pemilik tanah menuntut semula hak mereka.

“Masalah yang timbul ketika ini ialah banyak kuil dibina di atas tanah milik pihak lain. Itu masalah yang sering kita hadapi sekarang.

IKLAN

“Jadi kerajaan meluluskan resolusi dan menetapkan syarat bahawa mana-mana rumah ibadat baharu yang akan dibina selepas ini, perlu mendapatkan kebenaran PBT,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, dengan penetapan resolusi itu, mana-mana rumah ibadat tidak lagi boleh dibina di atas tanah yang bukan milik mereka.

“Masalah sekarang ialah kuil dibina tanpa mengambil kira siapa pemilik tanah dan apabila pemilik ingin mengambil semula tanah mereka, masalah mula timbul,” katanya.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas