Connect with us

Oh! Media

Pemberian Insentif Kepada Usaha Skuad Harimau Malaya Di Piala AFF Suzuki Dipertimbang

Dtp2tequ4auywjfjpg

Umum

Pemberian Insentif Kepada Usaha Skuad Harimau Malaya Di Piala AFF Suzuki Dipertimbang

Timbalan Menteri kementerian Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, pencapaian yang diperolehi itu adalah hasil latihan dan program yang dijalani pemain sebelum ini.

Oleh itu, mereka sedang mempertimbangkan bentuk insentif yang boleh diberi kepada skuad Harimau Malaya yang muncul naib juara Piala AFF Suzuki 2018 Sabtu lalu.

“Walaupun kita tidak dapat menjulang piala itu namun dalam hati seluruh rakyat Malaysia terutama peminat bola sepak, pemain kita sudah menjadi juara.

IKLAN

“Mereka telah menunjukkan prestasi yang cukup hebat dalam kejohanan ini. Bentuk galakan akan diumumkan selepas keputusan mengenainya dimuktamadkan,” kata Sim di lobi Parlimen hari ini.

Vietnam menjuarai kejohanan itu apabila menundukkan Malaysia dengan agregat 3-2 dalam aksi final yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 Disember dan Hanoi pada 15 Disember lalu.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas