Connect with us

Oh! Media

Pemberhentian Pekerja TV3 Secara Mengejut Dibantah Kesatuan Sekerja

Img tv3 lgjpg

Umum

Pemberhentian Pekerja TV3 Secara Mengejut Dibantah Kesatuan Sekerja

Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) (KSKSTMB) dan Kesatuan Eksekutif TV3 (KESTMB) membantah langkah pembuangan pekerja yang dilakukan syarikat itu.

Khairuzzaman Mohammad yang merupakan presiden bagi kesatuan tersebut berkata, perkara itu telah melanggar perjanjian selain ia turut tidak dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama kesatuan tersebut.

“Kesatuan Sekerja Kakitangan TV3 dan Kesatuan Eksekutif TV3 membantah perlaksanaan pemberhentian 190 pekerja teknikal Jabatan Eng dan Props serta proses MSS secara paksa seramai 43 orang daripada Jabatan Berita dan Perkhidmatan Pengurusan,” katanya.

IKLAN

Beliau berkata, ia melanggar Perjanjian Bersama kedua-dua Union kerana tiada perbincangan diadakan.

“Juga melanggar kod amalan Code of Conduct for Industrial Harmony 1975 dengan gagal berunding dengan pihak union dan melaksanakan langkah-langkah awal seperti pemotongan gaji, mengurangkan waktu kerja dan mengawal kerja lebih masa,” katanya.

Oleh itu, mereka menggesa campur tangan Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan untuk membatalkan tindakan pengurusan Media Prima ini dalam melaksanakan pemberhentian kerja yang tidak mengikut lunas undang-undang.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas