Connect with us

Oh! Media

Pembekal Sarapan Pagi Kongres Maruah Melayu Mohon Maaf Insiden Keracunan

Umum

Pembekal Sarapan Pagi Kongres Maruah Melayu Mohon Maaf Insiden Keracunan

Sumber: Kosmo

Aduhai, macam mana boleh jadi macam ni? Ohmedia terkejut baca berita tadi bila tajuk tulis pembekal mohon maaf insiden keracunan makanan. Ehh, maaf jer? Tindakan? Ini berikutan dengan kes keracunan makanan sarapan pagi yang dimakan peserta Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati semalam dan pihak pembekal makanan iaitu DAPURPU3 tampil bertanggungjawab dan memohon maaf.

ADVERTISEMENT

Pihak penganjur iaitu Universiti Putra Malaysia dan UiTM juga dilaporkan telah menerima pemohonan maaf terbabit dan mereka mengatakan bersedia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang berlaku.

Kami dengan rendah hati merakamkan perasaan dukacita yang amat sangat terhadap insiden keracunan makanan yang telah berlaku. Pihak kami telah dan akan terus memberi bekerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian itu, kata pihak DAPURPU3.

Seramai 197 peserta kongres telah mengalami keracunan dan menerima rawatan susulan dari 4 buah hospital. Sebelum itu, Jabatan Kesihatan Selangor menerima laporan keracunan selepas pelajar dan peserta menikmati nasi lemak yang telah disediakan penganjur.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas