Connect with us

Oh! Media

Pemasangan RFID Secara Percuma dan Tanpa Temujanji di Sekitar Lembah Klang

Tng rfid tag coverjpg

Umum

Pemasangan RFID Secara Percuma dan Tanpa Temujanji di Sekitar Lembah Klang

Touch ‘n Go Malaysia dalam satu kemaskini terbaru di laman Fecebook rasmi mereka telah mengumumkan berita baik buat pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang bagi memberikan pemasangan RFID percuma tanpa perlu melakukan sebarang temujanji dan pendaftaran.

Ini dilihat akan memudahkan lagi pengguna melakukan pemasangan kerana sebelum ini, kita dikehendaki untuk berdaftar serta melakukan temujanji kerana pemasangan yang agak terhad.


IKLAN

RFID merupakan satu teknologi tol terkini yang tidak memerlukan pengguna mengeluarkan sebarang kad untuk disentuh dan hanya menggunakan pelekat khas yang dilekatkan pada bahagian hadapan kenderaan.

Pelekat ini akan dihubungkan dengan e-wallet TNG yang hanya memerlukan pengguna untuk tambah nilai melalui aplikasi terbabit.

9 lokasi sekitar Lembah Klang telah dipilih iaitu AEON Big Bukit Rimau, AEON Big Kepong, Berjaya Times Square, Empire Shopping Gallery, Sunway Velocity Mall, Tesco Pusat Bandar Puchong, Tesco Extra Cheras, Tesco Setia Alam dan Tesco Bukit Tinggi Klang pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk memasang RFID, korang hanya perlu membawa dokumen seperti kad pengenalan, lesen memandu dan geran kenderaan. Pemasangan percuma ini juga akan berterusan bagi bulan April 2019 ini sahaja.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas