Connect with us

Oh! Media

Pemandu Vios Dedah Navigation App Punca Dia Masuk Laluan Motosikal

Umum

Pemandu Vios Dedah Navigation App Punca Dia Masuk Laluan Motosikal

Tular sebuah video di laman sosial yang menunjukkan sebuah kereta Toyota Vios bertindak memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Video berdurasi 30 saat berkenaan melihatkan seorang penunggang motosikal terbabas dan melanggar sebuah dinding bagi mengelak dari melanggar sebuah lagi motosikal yang berhenti mengejut setelah melihat Toyota Vios berkenaan muncul dari terowong.

Difahamkan bahawa pemandu Toyota Vios yang juga seorang penguatkuasa telah bertindak serah diri ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur. Pemandu berkenaan mendedahkan navigation app menjadi punca dia memasuki laluan motosikal berkenaan.

OHMEDIA: HMMMM…. MACAM TAK PERCAYA JE.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca pemandu Toyota Vios dedah punca masuk laluan motosikal di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas