Connect with us

Pemandu Grab Hilang Ditemui Sudah Tidak Bernyawa

Umum

Pemandu Grab Hilang Ditemui Sudah Tidak Bernyawa

Pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, ditemui meninggal dunia dalam kereta miliknya lewat petang semalam.

Mangsa, Ahmad [email protected] Ahmad Nasib, 54, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak lelaki mangsa di tempat letak kereta belakang kedai di Lintas Jaya, Kepayan, pada jam 4.45 petang.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, anak mangsa yang juga pemandu Grab pergi lokasi berkenaan selepas mendapat maklumat daripada rakan pemandu Grab yang lain berkaitan tempat ayahnya sering berehat.

“Setibanya di tempat dimaklumkan, anak mangsa mendapati ayahnya berada di tempat duduk pemandu dalam kereta Proton Saga FLX yang sering digunakan dalam keadaan enjin kereta dimatikan namun tidak sedarkan diri.

“Selepas menyedari mangsa tidak sedarkan diri, anak mangsa terus menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.

“Setibanya pegawai perubatan Hopistal Queen Elizabeth (QEH) d lokasi kejadian, mangsa disahkan sudah meninggal dunia namun punca kematian tidak diketahui,” katanya.

Habibi berkata, pihak polis juga melakukan siasatan luaran badan mangsa tetapi tidak menjumpai sebarang unsur jenayah selain tiada kecederaan pada badan mangsa.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top