Connect with us

Oh! Media

Pemandu Bas Ekspres Dibelasah 6 Lelaki Kini Ditahan

130051jpg

Umum

Pemandu Bas Ekspres Dibelasah 6 Lelaki Kini Ditahan

Enam lelaki ditahan polis akibat penularan satu video yang menunjukkan mereka memukul seorang pemandu bas ekspres yang berlaku di kawasan Rehat & Rawat Gambang, arah timur bagi membantu siasatan.

Suspek yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan itu berumur dalam linkungan 20 hingga 35 tahun. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan yang dibuat ke atas semua suspek lelaki terbabit.

Video yang tular itu telah mendapat pelbagai respon natizen dan pelbagai pihak cuba menceritakan tanpa mengetahui situasi sebenar. Dilihat mangsa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kumpulan lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas ekspres terbabit yang kononnya mengasari seorang pelayan kedai.

IKLAN

Terdapat dakwaan mengatakan mangsa tidak mengasari pelayan berkenaan yang juga adik kepada seorang lelaki yang memukul mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas