Connect with us

Oh! Media

Pemain Perak Terima Ganjaran Tapak Rumah

Umum

Pemain Perak Terima Ganjaran Tapak Rumah

Kerajaan negeri Perak mengumumkan insentif RM10,000 dan satu lot tapak rumah kepada setiap pemain dan pegawai pasukan bola sepak Perak selepas kejayaan memenangi Piala Malaysia, baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata insentif itu adalah inisiatif kerajaan negeri bagi menghargai pemain dan pegawai pasukan bola sepak yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas 18 tahun.

Katanya, insentif itu tidak termasuk yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan ia adalah inisiatif kerajaan negeri.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut berkenaan meraikannya bersama pemain serta pegawai pasukan bola sepak dan hoki Perak.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas