Connect with us

Oh! Media

Pemain Muda Negara Lakukan Kejutan Kalahkan Pemain Ranking Ke-10 Dari Jepun

Umum

Pemain Muda Negara Lakukan Kejutan Kalahkan Pemain Ranking Ke-10 Dari Jepun

Pemain muda badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia yang kini berusia 21 tahun membuat kejutan apabila menang pusingan pertama di Terbuka New Zealand dengan menewasan pemain ranking ke-10 dunia dari Jepun, Kenta Nishimoto.

ADVERTISEMENT

Permainan 2 set itu menunjukkan Lee Zii Jia menang 21-18, 21-12 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Eventfinda, Auckland.


Lee Zii Jia merasakan ini adalah permulaan yang terbaik untuk dirinya layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan akan terus fokus untuk perhitungan dengan seorang lagi pemain Jepun, Kazumasa Sakai bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.

Sebelum ini, Zii Jia juga dipalit dengan kontroversi apabila meluahkan perasaan di laman media sosial dengan mengakui masalah kewangan menjadi salah satu faktor prestasinya merosot.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki profesional, Chong Wei Feng turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan pemain Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa 17-21, 21-13, 21-16.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas