Connect with us

Oh! Media

Pemain MU Hanya Diberikan Cuti Sehingga Raya Ketiga

Umum

Pemain MU Hanya Diberikan Cuti Sehingga Raya Ketiga

Nampaknya, pasukan Melaka United (MU) tidak mengambil cuti yang panjang untuk sambutan Hari Raya tahun ini apabila akan memulakan latihan seawal 4 Syawal ini bagi menghadapi misi menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super 15 Jun nanti.

ADVERTISEMENT

Ketua jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan berkata, cuti Aidilfitri selama enam hari bermula 2 hingga 7 Jun dikira mencukupi bagi membolehkan mereka merayakan sambutan bersama keluarga masing-masing.

Para pemain juga diharapkan dapat menajaga pemakananm kesihatan dan keselamatan sepanjang perayaan.

“Berhati- hati di jalan raya bukan saja kepada pemain MU malah semua penyokong dan masyarakat di negara ini. Semoga semua selamat sampai ke destinasi.

“Apapun fokus terarah kami kepada persiapan mantap untuk berdepan TFC di Stadium Hang Jebat bagi mengharungi perlawanan ke-16 buat pasukan. Misi kami adalah meraih mata maksimum,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas