Connect with us

Oh! Media

Pemain Badminton No.1 Dunia Terlibat Kemalangan Selepas Juarai Master Malaysia

ohmedia2bkemalangan2bpemain2bbadminton2bnombor2b12bduniapng

Umum

Pemain Badminton No.1 Dunia Terlibat Kemalangan Selepas Juarai Master Malaysia

Malam tadi telah berlaku satu kemalangan melibatkan pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota (Jepun) dan juga pemain England Wiliam Thomas. Turut terlibat pasukan Kento iaitu Hirayama Yu (Jepun) dan Morimoto Arkufuki (Jepun) di KM 13.7 Lebuhraya MEX. Dalam kemalangan ini, pemandu van pelancong telah terkorban yang merupakan warga tempatan yang dikenali sebagai B Nageswarau.

Mereka semua dalam perjalan ke hotel selepas Kento Momota berjaya menjadi juara dalam saingan Master Malaysia.

Dalam kejadian awal pagi itu, van pelancong yang dinaiki mereka dikatakan telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah lori tanah dan 10 anggota bomba telah datang ke lokasi kemalangan. Mangsa yang tersepit di tempat pemandu telah terkorban di lokasi kemalangan, manakala mangsa lain dibawa ke hospital dan mengalami kecederaan,

IKLAN

Perkembangan terikini, Kento Momota disahkan patah tulang hidung dan mengalami kecederaan lain di bahagian muka. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut mengesahkan tiga lagi mangsa bersama Momota turut dalam keadaan stabil.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas