Connect with us

Oh! Media

Pelumba Cub Prix, Hafiz Nor Azman Meninggal Dunia

51544971230 mohdhafizjpg

Umum

Pelumba Cub Prix, Hafiz Nor Azman Meninggal Dunia

Hafiz Nor Azman, 22, merupakan pelumba cub prix yang memenangi tempat keempat pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, semalam, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan, di Dataran Bandar Penawar.

Bapa mangsa yang juga bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus, berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas pelumba di hadapan anaknya terlanggar penghadang di tepi litar menyebabkan penghadang itu terkeluar ke tengah litar.

“Pada masa sama arwah tidak sempat mengelak menyebabkannya melanggar objek yang terpelanting keluar dari litar sehingga motosikalnya terjatuh,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini hari ini.

IKLAN

Nor Azman berkata, kemalangan berlaku ketika pelumba tengah laju dan perlumbaan juga sudah hampir selesai.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan Hafiz tidak sedarkan diri sebelum terus dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

“Saya hanya melihat kemalangan itu melalui video di tempat perlumbaan. Saya nampak dia jatuh dan bahu tersangkut pada pagar yang terbuka separuh yang menyebabkan dadanya terkena pagar.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas