Connect with us

Oh! Media

Pelarian Rohingya Tidak Tidur Lena Kerana Bakal Dihantar Pulang

Umum

Pelarian Rohingya Tidak Tidur Lena Kerana Bakal Dihantar Pulang

Keputusan bagi negara Bangladesh untuk menghantar pulang pelarian Rohingya bukan satu khabar gembira buat golongan itu.

ADVERTISEMENT

“Kini, saya tidak lagi dapat tidur lena kerana bimbang dihantar pulang secara paksa. Sejak mengetahui nama saya dalam senarai itu, saya juga sudah tidak lalu makan,” kata Nurul Amin, 35, yang tinggal di kem sesak Jamtoli di tenggara Bangladesh bersama isteri dan empat anak perempuannya.

Bagaimanapun, hanya 20 daripada kira-kira 2,000 pelarian Bangladesh yang berada dalam senarai itu secara sukarela mahu dihantar pulang ke Myanmar.

“Kerajaan Bangladesh ada bertemu dengan mereka untuk memberi motivasi kepada golongan itu,” kata pegawai di Kementerian Luar Bangladesh.

Menurut pegawai di kem terbabit, senarai nama itu tidak didedahkan kepada umum malah tidak semua individu yang tersenarai dimaklumkan tentang perkara tersebut kerana bimbang akan mencetuskan panik walaupun perjanjian tersebut menetapkan tidak ada sesiapa akan dipaksa pulang tanpa kerelaan mereka.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas