Connect with us

Oh! Media

Pelajar Tingkatan 3 Dituduh Merogol Pelajar Perempuan Tingkatan 1

Umum

Pelajar Tingkatan 3 Dituduh Merogol Pelajar Perempuan Tingkatan 1

Apa nak jadi ni adik-adik ku? Ohmedia maksudkan tiga pelajar Tingkatan Tiga yang kini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar sebentar tadi akibat pertuduhan merogol seorang remaja berusia 13 tahun di Pendang pada Mac dan April lepas.

ADVERTISEMENT

Tertuduh yang baru sahaja berusia 15 tahun itu adalah kawan satu sekolah dan membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.

Apa yang menariknya, mereka rupanya dah buat hubungan seks ni berulang kali dan tertuduh pertama didapati telah melakukan seks dengan mangsa di sebuah rumah dan kebun getah di Pendang dan kawan-kawannya yang lain turut dikenakan pertuduhan yang sama.

Kini, mereka akan berdepan Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang dibaca Seksyen 376(1) akta yang sama. Jadi jom Ohmedia kongsikan apa agaknya hukuman jika mereka didapati bersalah. Dengan kesalahan ini, adik-adik ini akan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Pergh! Sekarang umur 15, keluar penjara nanti umur 35 tahun. Mungkin dah ada kereta terbang masa tu, huhu.

Namun, Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,500 pada tertuduh pertama, tertuduh kedua (RM5,000) dan tertuduh ketiga (RM6,000).

Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu mangsa serta diarahkan untuk melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Dan kini dilaporkan kesemua tertuduh telah membayar jaminan oleh keluarga dan penjaga masing-masing.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas