Connect with us

Oh! Media

Pelajar Palestin Diserang Rejim Israel

image2b252832529jpg

Umum

Pelajar Palestin Diserang Rejim Israel

Rejim Israel semakin kurang ajar apabila puluhan pelajar Palestin cedera ditembak dan sesak nafas akibat gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel yang menyerbu sekolah mereka di tengah Tebing Barat.

Sumber tempatan memaklumkan serbuan itu dilakukan ke atas sebuah sekolah tinggi di bandar Tuqu’ terletak 12 kilometer di tenggara Baitulaham, hari ini.

“Pihak berkuasa rejim Zionis turut menahan pengetua dan kakitangan sekolah tersebut. Mereka memaksa pelajar dan staf mengosongkan premis itu sebelum tentera Israel mengambil alih sekolah itu dan menutupnya,” katanya.

IKLAN

Difahamkan, dua laluan utama ke bandar itu juga ditutup.

Sumber: Press TV

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas