Connect with us

Oh! Media

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Dalam Larian Maraton UK

Umum

Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Dalam Larian Maraton UK

Ahad lalu, seorang pelajar Malaysia di United Kingdom telah dilaporkan meninggal dunia semasa menyertai satu acara larian maraton JCP Swansea Half Marathon UK.

ADVERTISEMENT

Mendiang Wil Sern Ong, 21 yang merupakan pelajar Kejuruteraan Persekitaran di Swansea University dikatakan teah rebah secara tiba-tiba ketika hanya berada beberapa meter sahaja dari garis penamat sebelum disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital.

“Ia adalah penyertaan keduanya dalam acara larian ini. Sern Ong berjaya menamatkan lariannya ketika menyertai acara sama pada tahun lalu.

“Semua pihak terbabit dalam acara JCP Swansea Half Marathon sedih dengan pemergian Sern Ong. Kami berhubung rapat dengan ahli keluarga dan membantu mereka pada waktu sukar ini,” kata penganjur, seperti dipetik portal berita Channel News Asia, hari ini.

Lantas itu, satu tabung sumbangan melalui laman web pendanaan awam telah diwujudkan bagi disumbangkan kepada ahli keluarganya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas