Connect with us

Peguam Nafi Terlibat Dan Upah RM150,000 Kepada Samseng

Umum

Peguam Nafi Terlibat Dan Upah RM150,000 Kepada Samseng

Lagi penafian berkenaan kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Marimman dan kini datangnya dari peguam bela, Mohamed Hanif Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili kakitangan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd menafikan bahawa mereka terlibat mengupah samseng hingga mencetuskan insiden kekecohan.

Mohamed Haniff berkata, beliau dan Muhammad Rafique dilantik oleh pihak syarikat selepas berlakunya insiden rusuhan tersebut.

Menurutnya, selain mewakili tiga kakitangan syarikat yang ditahan, pelantikan itu dibuat bagi membolehkan syarikat membantu siasatan pihak polis.

”Kami tidak mewakili mana-mana perusuh.

“Malah, berhubung dengan penularan mesej di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengenai pembabitannya dan Muhammad Rafique dalam memberikan upah kepada samseng dalam rusuhan itu adalah satu tuduhan melulu dan tidak benar,” katanya dalam sidang media di pejabat syarikat guamannya, di sini, hari ini.

Katanya, ini tidak benar dan kami berdua juga tidak pernah memberikan wang berjumlah RM150,000 kepada samseng untuk membuat kecoh di kuil.

Selain itu, Mohamed Haniff turut menyatakan bahawa ada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang akhbar adalah kurang tepat kerana siasatan masih belum selesai.

“Saya berharap agar kenyataan yang akan dikeluarkan selepas ini tidak mendedahkan butiran siasatan yang boleh menganggu keselamatan awam,” katanya.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top