Connect with us

Oh! Media

Tidak Akan Ada Lagi Pegawai JPJ Duduk Disebelah Pelatih Ketika Ujian Memandu Jalan Raya?

Umum

Tidak Akan Ada Lagi Pegawai JPJ Duduk Disebelah Pelatih Ketika Ujian Memandu Jalan Raya?

Ohmedia tengok ramai betul yang senyum sampai ke telinga bila JPJ umumkan yang selepas ini semua peserta yang mengambil ujian lesen memandu tidak akan ditemani pegawai JPJ lagi di sebelah mereka. Mana tidaknya, ramai yang boleh memandu semasa lakukan latihan, tetapi semuanya menjadi serba tidak kena apabila tiba masa penilaian memandu bersama pegawai JPJ. Lagi-lagi bila dapat pegawai yang ada misai tebal.Haha!

ADVERTISEMENT

Jabatan Pengangkutan Jalan dalam kenyataan mereka baru-baru ini telah membuat keputusan untuk menggunakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Tasting) di institut di seluruh negara.

Sistem ini akan mula diguna pakai pada bulan Jun 2020 dan ia telah lama digunakan di kebanyakan negara maju seperti Korea dan Jepun. Jadi selepas ini, keputusan ujian memandu juga akan menggunakan sistem berkomputer dan ini dapat mengelakkan sebarang penyelewangan dari pegawai.Untuk permulaan, sistem ini akan dicuba di tiga institut memandu Johor.

Nampaknya, keputusan ini ada baik dan buruknya. Baiknya korang yang bakal mengambil lesen memandu akan lebih bebas dan yakin tanpa ada pegawai JPJ disebelah memerhati dan buruknya adalah, berkemungkinan semua peraturan akan lebih ketat dan tiada lagi tolak ansur.

+ Baca respon pembaca di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas