Connect with us

Oh! Media

PDRM Umum 50 Peratus Potongan Saman Trafik Sempena Krismas?! Seriuslah?!

Umum

PDRM Umum 50 Peratus Potongan Saman Trafik Sempena Krismas?! Seriuslah?!

Sumber gambar dari NST

Ohmedia ingat, shopping mall je buat sale potongan diskaun, rupanya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur PDRM pun buat gais! tapi JSPT PDRM tak jual barang lah macam shopping mall, cuma JSPT PDRM tawarkan potongan 50 peratus untuk saman trafik. Pengumuman ini turut dikongsikan di laman rasmi Facebook PDRM semalam.

ADVERTISEMENT

Ini berita baik bagi mereka yang mempunyai saman trafik yang tertunggak. Menurut info, korang boleh membayar saman berkenaan bermula 24 hingga 26 Disember ini,  dari 8.30 pagi sehingga 4 petang. Pembayaran saman boleh dibuat di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee, Kuala Lumpur. So mereka yang tinggal di area KL dan Selangor bolehlah datang untuk buat pembayaran. Namun terdapat beberapa saman yang dikecualikan dari potongan, antaranya;

  • Saman kemalangan
  • Saman berstatus NC (non compoundable)
  • Saman berstatus waran tahun semasa
  • Saman dalam perbicaraan
  • Saman OPS selamat tahun semasa
  • Saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori

Sumber: Trafik KL JSPT KL

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas