Connect with us

Oh! Media

PDRM Sedia Halang Setiap Gerak Pengganas Di Negara Ini

bh 20190311 hmmilitan 3719841jpg

Umum

PDRM Sedia Halang Setiap Gerak Pengganas Di Negara Ini

Dalam menjaga keamanan negara dari segala bentuk ancaman dan keganasan, Polis Diraja Malaysia, PDRM telah dilengkapi dengan kemampuan dan alatan yang baik dan lengkap bagi mengesan dan memintas segala aktiviti dari mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti keganasan.

Ini dinyatakan oleh, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan teknologi untuk mengesan kehadiran dan sebarang kegiatan kumpulan pengganas dalam masa singkat.

Anggota kumpulan pengganas yang kebanyakannya datang dari warga asing sering mengambil kesempatan dengan sistem mesra pelancong dimiliki Malaysia dan mengambil kaedah itu untuk mereka menyelinap masuk.

IKLAN

“Mungkin mereka melihat negara ini sebagai satu tempat yang boleh berkumpul tanpa diganggu, tetapi perlu diingatkan bahawa PDRM sentiasa peka terhadap apa sahaja kegiatan mereka selain kita mampu mengesan aktiviti yang tidak diingini lebih awal,” ujarnya.

Sebelum ini, dilaporkan seorang guru agama warga Mesir termasuk lapan orang lain ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas dalam beberapa siri serbuan di sekitar Lembah Klang dan Sarawak awal bulan lalu.

Mereka merupakan suspek Foreign Terrorist Fighters yang menganggotai kumpulan pengganas Ansar Al-Shariah Al-Tunisia iaitu merupakan kumpulan gabungan Al-Qaeda yang beroperasi di utara Afrika.

Kehadiran kumpulan itu boleh menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk menyerang negara ketiga atau melancarkan serangan di Malaysia.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas