Connect with us

Oh! Media

Pasangan Suami Isteri Tergamak Rogol Anak Perempuan 12 Tahun

Umum

Pasangan Suami Isteri Tergamak Rogol Anak Perempuan 12 Tahun

Pernahkan korang terbayang ada ibu bapa yang sanggup menyiksa, merogol dan merosakkan anak sendiri? Namun nampaknya ada lagi ibu bapa durjana yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk kepada anak mereka sendiri.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Rusia itu mendapati satu pasangan telah merogol dan menjadikan anak perempuan mereka yang baru sahaja berusia 12 tahun sebagai hamba seks. Alasan paling bodoh yang diberikan mereka kepada polis adalah, ‘lebih baik kami rogol daripada orang gila’.

Pasangan itu kini didakwa sebagai paedophilia di mahkamah dan jika disabit kesalahan, boleh dipenjara selama 12 tahun.

Budak perempuan itu menjadi mangsa penderaan seks itu sejak Disember 2016 dan telah dipaksa tidur bersama ibu bapanya dan si ibu mengaku anaknya itu dipaksa mengambil bahagian dalam hubungan seks bersama mereka.

Manakala ibunya pula didakwa melakukan penderaan seksual terhadap anaknya dengan menggunakan `alat sulit lelaki yang palsu’.

Susulan pendakwaan itu, kedua-duanya telah dilucut hak penjagaan anak dan ini bermakna mereka tidak boleh memelihara anak mereka lagi.

Dalam pada itu, wanita itu memberitahu dia sendiri dirogol ketika berusia 13 tahun maka dia dan suaminya bersetuju untuk melatih anak perempuan mereka menjalani kehidupan dewasa.

Pasangan suami isteri itu juga bersetuju lebih baik anak mereka hilang dara pada bapanya sendiri daripada orang gila lain.

Kes itu terdedah selepas budak itu mendapatkan rawatan doktor akibat masalah haid. Di situ, doktor mengetahui budak itu bukan dara lagi. Dia juga memberitahu mengenai penderaan seks yang dialaminya itu.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas