Connect with us

Oh! Media

Pasangan Badak Air Selamat Langsungkan ‘Perkahwinan’

Pasangan Badak Air

Umum

Pasangan Badak Air Selamat Langsungkan ‘Perkahwinan’

Pasangan badak air yang bernama Jiwang dan Juwita selamat disatukan dalam upacara ‘perkahwinan’ bercirikan adat melayu tradisional yang diadakan di Hippo Kingdom di Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Jiwang yang anggaran berusia 10 tahun manakala Juwita berusia 21 tahun itu diraikan dengan kehadiran seramai 100 tetamu untuk melihat upacara pasangan ‘mempelai’ ini.

Upacara tersebut persis seperti majlis perkahwinan kerana kedua ‘mempelai’ tersebut diiringi paluan kompang serta bungga manggar. Tidak cukup dengan itu, majlis itu juga diserikan dengan beberapa dulang hantaran serta acara makan beradab.

IKLAN
Hippo kingdom di lost world of tambun 9
Hippo Kingdom di Lost World Of Tambun LWOT yang terletak di Ipoh

Pengurus Besar Lost World Of Tambun (LWOT) Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata pihaknya melakukan pelbagai persiapan untuk upacara ‘perkahwinan’ itu sejak November tahun lalu kerana ia memerlukan perancangan yang cukup teliti untuk melangsungkannya.

Kami perlu mendapatkan eksibit dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak bagi membolehkan kedua-duanya dapat tinggal bersama dalam satu kandang yang sama kerana badak air merupakan haiwan yang sangat agresif dan bahaya di Afrika.

Badak 1619060242
Pasangan badak air Jiwang dan Juwita yang selamat disatukan Sumber Harian Metro

Kami juga melakukan pencarian pasangan sejak lima tahun lalu untuk Juwita sejak dibawa ke LWOT. Bukan mudah untuk mencari pasangan Juwita kerana badak air jantan tidak boleh daripada genetik yang sama, khuatir boleh menyebabkan bakal anak badak air yang dilahirkan cacat atau tidak boleh hidup dalam tempoh yang lama.

Jiwang merupakan badak air jenis ‘ Alpha Hippo’ yang dibawa dari Pahang sejak tiga bulan lepas manakala Juwita pula sebelum ini berada di Gaborone, Bostwana, Afrika sebelum dibawa ke sini pada 2001 dan kini menjadi ‘permaisuri’ badak air di LWOT.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas