Connect with us

Oh! Media

PAS Kelantan Jangkakan Lebih 100,000 Akan Bergerak Demi ICERD

icerdjpg

Umum

PAS Kelantan Jangkakan Lebih 100,000 Akan Bergerak Demi ICERD

Orang ramai sudah mula bergerak ke ibu kota Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan aman atas tanda kesyukuran berkenaan penolakan ICERD. PAS Kelantan turut menjangkakan antara 100,000 hingga 200,00 orang dari Kelantan akan hadir ke himpunan esok.

Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata kehadiran penyokong itu adalah atas kesedaran sendiri bagi memartabatkan dan menjamin maruah agama Islam.

“Peserta akan dibawa ke ibu negara dengan menggunakan lebih 100 bas dan kenderaan persendirian bermula esok. Bas disediakan oleh badan bukan kerajaan (NGO), individu dan inisiatif penyokong sendiri.

IKLAN

“Rakyat Kelantan dijangka paling ramai kerana himpunan itu membabitkan maruah agama Islam dan Melayu. PAS tidak menaja bas untuk peserta, namun kehadiran mereka atas inisiatif sendiri, orang perseorangan dan NGO yang mengutip dana untuk menyediakan bas.

“PAS menyeru penyokong hadir ke perhimpunan dalam keadaan banyak janji manifesto yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan Pusat termasuk menurunkan harga minyak dan melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya.

Kawalan keselamatan diberi perhatian serius oleh Unit Amal PAS, NGO dan polis.

Katanya, perhimpunan berkenaan akan berjalan secara aman dan minta semua penyokong mengikut segala arahan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas