Connect with us

Parlimen Kecoh Kerana Cicak? Seriuslah?!

Umum

Parlimen Kecoh Kerana Cicak? Seriuslah?!

Gambar sumber dari Google

Lagi pasal cicak, tempoh hari kes seorang lelaki ditangkap tidur dengan orang dua orang perempuan kerana takut dengan cicak, kali ini satu dewan parliemn kecoh kerana cicak. Kali ini ceritanya tindakan saintis yang menamakan enam spesies baru cicak gecko dengan nama pahlawan mitos dan tokoh negara Sri Lanka.

Menurut info yang dipetik dari Metro Online, Dua spesis baru gecko yang ditemui di pulau Lautan India pada 2017 hanya didedahkan pada Ogos lalu dan diberi nama pahlawan setia seorang raja pada abad satu. Manakala empat spesis lain diberi nama bersempena nama pemberontak pemerintahan British pada abad ke-19.

Perkara berkenaan telah menyebabkan kemarahan seorang ahli parlimen Sri Lanka, iaitu Wimal Weerawansa yang kemudian bertindak membawa perkara berkenaan ke Parlimen. Selain ahli parlimen berkenaan, seorang sami turut membuat aduan polis berkenaan hal ini kerana tidak berpuas hati. Namun siasatan tidak dapat dijalankan kerana ia bukan berkaitan jenayah.

“Pahlawan negara ini bukan gecko. Ekor gecko terputus apabila disentuh dan pahlawan kita bukan seperti itu,” kata Wimal Weerawansa.

Sumber: Metro Online

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem


Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top