Connect with us

Oh! Media

Palestin Mendakwa Persidangan Warsaw Cubaan Untuk Iktiraf Zionis

Umum

Palestin Mendakwa Persidangan Warsaw Cubaan Untuk Iktiraf Zionis

Pihak berkuasa Palestin mendakwa persidangan anjuran bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Warsaw, hari ini, tidak mempunyai kredibiliti kerana ia bertujuan mengiktiraf penjajahan Israel di wilayah palestin.

“Dengan menyokong kerajaan Israel sepenuhnya, AS cuba mengiktiraf penjajahan Israel dan penafian sistemik hak pemerintahan sendiri penduduk Palestin,” kata penasihat Presiden Palestin, Mahmud Abbas, Nabil Shaath.

Sesi utama persidangan dua hari itu berlangsung di ibu negara Poland, hari ini, dengan matlamat menjamin keselamatan di Asia Barat terutamanya berdepan negara Iran.

IKLAN

Bagaimanapun, menantu Trump, Jared Kushner dijangka memberikan petunjuk cadangan pentadbiran AS untuk perdamaian antara Israel dan Palestin. Shaath berkata, Palestin enggan menyertai persidangan itu.

“Proses damai tidak boleh dijadikan usaha mengampunkan jenayah perang atau membuatkan pihak lain menyerahkan hak asas mereka di bawah perlembagaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Kerajaan Palestin enggan berhubung dengan pentadbiran Trump, sejak pemimpin AS itu mengiktiraf Baitulmaqdis seabgai ibu negara Israel pada Disember 2017.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas