Connect with us

Pakistan Cadang Beli 600 Kereta Kebal T90 Bagi Tingkatkan Kekuatan Tentera

Umum

Pakistan Cadang Beli 600 Kereta Kebal T90 Bagi Tingkatkan Kekuatan Tentera

Pakistan kini sedang merangka rancangan mendapatkan hampir 600 kereta kebal termasuk T-90 dari Russia, bagi meningkatkan kekuatan tenteranya di sepanjang sempadan dengan India, kata sumber perisikan semalam.

Kebanyakan kereta kebal yang bakal diperoleh Pakistan mampu mensasarkan sasaran pada jarak tiga hingga empat kilometer, kata sumber.

Sumber berkata, Pakistan mensasarkan untuk membeli kereta kebal T-90, yang menjadi tulang belakang unit kereta perisai tentera India, dan tindakan itu mencerminkan hasrat Islamabad untuk membentuk hubungan pertahanan lebih dalam dengan Moscow.

Sumber berkata, sebagai sebahagian pelan besar untuk memperbaiki armada kereta perisai menjelang 2025, Pakistan memutuskan membeli sekurang-kurangnya 360 kereta kebal secara global selain mengeluarkan 220 kereta kebal dengan bantuan sekutu rapatnya, China.

Langkah meningkatkan unit kereta perisai itu dibuat ketika kawalan Garisan Sebenar di Jammu dan Kashmir menyaksikan peningkatan keganasan.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top