Connect with us

Oh! Media

Padah Kata Polis ‘Bodoh’ – Mahathir Kini Berdepan Hukuman Penjara dan Denda

Umum

Padah Kata Polis ‘Bodoh’ – Mahathir Kini Berdepan Hukuman Penjara dan Denda

Padah memberi kata-kata kesat kepada pihak polis menyebabkan seorang penghantar makanan didenda RM1,000 atau penjara dua bulan. Kata kesat apa agaknya yang dikeluarkan lelaki tu sampai kena tangkap ni? Suspek, Mahathir Mohd Zin dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret hanya kerana berkata ‘bodoh la polis’ yang dilihat telah mengaibkan kohormatan atau menganggu kesantunan anggota polis, Mohd Norhisyam Mohamad Ashari.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Jalan Ampang menghala Hospital Gleneagles, Wangsa Maju pada 10 pagi itu telah menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin meminta agar suspek dikenakan hukuman setimpal.

Namun, peguam yang mewakili Mahathir meminta agar hukuman diringankan kerana suspek tidak mempunyai pendapatan tetap dan juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Sumber: New Malaysia Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas