Connect with us

Oh! Media

Padah Berpakaian Ketat Di Bazar Ramadan Kelantan

Umum

Padah Berpakaian Ketat Di Bazar Ramadan Kelantan

Gambar sekadar hisasan

Tidak kira di bulan Ramadhan mahupun bulan biasa, sudah menjadi tanggungjawab kita lelaki dan wanita untuk menjadi kehormatan diri dan salah satu caranya adalah menutup aurat dengan sempurna. Namun ke semua perkara ini hanya dipandan remeh, terutama golongan wanita yang semakin ramai yang mungkin terlepas pandang soal perkara ini.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini juga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah mengeluarkan notis menunjukkan senarai nama 39 wanita yang dikesan berpakaian tidak sopan.


Operasi yang dijalankan di sekitar Kelantan itu telah berjaya mengesan beberapa individu dan telah diberikan teguran secara lisan di atas kesalahan memakai pakaian menjolok mata.

Menurut Ketua Penolong Pengarah(Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah) JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain, selepas taklimat, anggota dipecahkan ke beberapa lokasi di sekitar bazar Ramadan, premis kedai makan, bank dan pusat beli-belah.

Tambahnya, operasi berkenaan berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi berlangsung.

“Operasi sama akan dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan ini untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan,” sambungnya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas