Connect with us

Oh! Media

Padah Bagi Nombor IC Dekat Orang Yang Tidak Di Kenali

Umum

Padah Bagi Nombor IC Dekat Orang Yang Tidak Di Kenali

Gambar Hiasan

Baru-baru ini, seorang guru wanita di dapati bahawa wang simpanannya telah dipindahkan ke akaun lain tanpa kebenaran disebabkan dengan tindakkan beliau yang telah mengongsikan nombor IC nya kepada orang yang tidak dikenali. Beliau telah dihubungi individu yang kononnya daripada sebuah bank yang ingin mendapatkan pengesahan kad kredit yang telah dibuat olehnya. Selepas beberapa minit, didapati di telefon bimbitnya bahawa telah berlaku pemindahan duit dari akaun banknya kepada akaun bank yang tidak diketahui sebanyak RM13,999.

ADVERTISEMENT

Kerana curiga dengan transaksi tersebut, beliau telah menghubungi pihak bank dan menyekat traksaksi wang simpanannya dari keluar serta membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis. Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun maksima dan sebat serta dikenakan denda, jika disabit kesalahan.

Zaman sekarang ni, jangan mudah percaya kan orang, walaupun individu tersebut menyatakan bahawa dia daripada sekian, sekian, sekian. Dengan maklumat diri yang diorang dapat dari kita, diorang boleh buat macam-macam untuk untuk menggeledah semua yang ada kat kita terutamanya akaun simpanan bank. Jadi, OhMedia nasihatkan jagalah seelok-eloknya maklumat diri itu, jadikan maklumat diri kita tu privasi dan tidak sewenang-wenangnya bagi kat orang yang tidak dikenali tau.

Sumber : Bernama

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas