Connect with us

Oh! Media

Osman Ali Beri Maklum Balas Terhadap Teguran Mufti Wilayah

Umum

Osman Ali Beri Maklum Balas Terhadap Teguran Mufti Wilayah

Drama Isteri Untuk Disewa yang kini ditayangkan telah mendapat beberapa teguran dan pandangan dari Mufti Wilayah Pesekutuan, Datuk Seri Dr Zulkefli Mohamad Al-Bakri. Respon pantas kini telah dikeluarkan oleh pengarah drama Isteri Untuk Disewa, Osman Ali berterima kasih dan menerima baik teguran berhemah daripada mufti tersebut.

ADVERTISEMENT

Menurut Osman, dia mengakui bahawa tajuk novel dan drama tersebut boleh disalah tafsirkan jika tidak menonton atau membaca keseluruhan cerita.

“Dalam cerita ini langsung tiada unsur sewa menyewa isteri. Cuma tajuk tersebut telah mengundang orang ramai untuk tersalah tafsir dengan tema cerita.

“Memandangkan ianya adalah tajuk asal novel, maka kami tidak bercadang untuk tukar tajuk lain demi untuk kekalkan originaliti. Walaupun saya ada juga menyimpan beberapa tajuk lain sekiranya perlu ditukarkan sebelum ini,” katanya.

Tambah Osman, pihak mufti telah memberikan pandangan dan teguran yang baik maka dia amat menghormati cuma dia mengharapkan agar pihak netizen yang tidak pernah membaca dan menonton drama ini, agar tengok dan fahami dulu sebelum mengecam.

“Sejelasnya langsung tiada unsur sewaan isteri dalam novel dan juga drama ini sebaliknya hanya berkisahkan seorang wanita diupah untuk menyamar sebagai isteri. Hanya menyamar di depan ayah dan ibu buat sementara dia bertemu jodoh sebenar,” jelas Osman.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas