Connect with us

Oh! Media

Operasi River Cruise Mungkin Terpaksa Dihentikan Setelah Sungai Melaka Bertukar Menjadi Hitam

Umum

Operasi River Cruise Mungkin Terpaksa Dihentikan Setelah Sungai Melaka Bertukar Menjadi Hitam

Sungai Melaka yang menjadi simbol kebanggaan telah bertukar menjadi hitam dan busuk. Pencemaran yang berlaku di sepanjang 3 kilometer Sungai Melaka itu juga nampaknya telah menganggu operasi perkhidmatan bot Melaka River Cruise dan mungkin ia akan terpaksa dihentikan jika tahap pencemaran menjadi semakin teruk.

ADVERTISEMENT


Hasil tinjauan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin, selain bau busuk dan warna air sungai bertukar hitam, terdapat juga bangkai ikan yang ditemui terapung.

Kini, seramai 60 kakitangan dikatakan sedang gita melakukan pembersihan selepas menerima banyak aduan daripada pelancong. Hasil dari siasatan setakat ini juga, pencemaran ini bermula dari Batu Hampar, Batu Berendam dan diyakini mengalir ke Sungai Melaka hingga ke Taman Rempah.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas