Connect with us

Oh! Media

Operasi Mencari Bangkai Pesawat Lion Air Dilanjutkan

04lanjut 1541323129jpg

Umum

Operasi Mencari Bangkai Pesawat Lion Air Dilanjutkan

Misi pencarian bangkai dan mayat nahas kapal terbang Lion Air dilanjutkan kepada 3 hari lagi berikutan masih banyak lagi cebisan mayat yang dijumpai.

“Penilaian yang dilakukan oleh kami mendapati masih banyak cebisan mayat yang dijumpai dan sebanyak 20 beg telah diserahkan. Jadi, kami memutuskan untuk melanjutkan operasi tersebut yang telah masuk hari ketujuh.

“Mudah-mudahan kerjasama antara Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Nasional Indonesia (Polri) akan segera menyelesaikan operasi ini,” ujarnya.

IKLAN

Sebanyak 105 beg mengandungi cebisan mayat telah berjayya dibawa naik setakat ini dan proses pengecaman juga sedang giat dilakukan.

“Kami akan meminta pasukan terbabit melakukan carian di pantai hingga ke darat di bahagian timur hingga barat untuk mengumpulkan kesemua mayat atau cebisan tubuh yang dijumpai,” menurutnya lagi.

“Mayat mangsa mungkin terapung atau di dasar memandangkan kejadian itu sudah seminggu berlaku. Matlamat utama pasukan kami adalah untuk mencari mayat penumpang,” katanya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas